Bilik Kacukan Ceria | Sarah(KawaiiStuff)
Kisah HACHIKO-seekor anjing yang taat
Friday 5 July 2013 • 18:21 • 0 comments
Mengisahkan Seekor Anjing Yang Taat.

Ini Adalah Cerita Benar.Hachiko Adalah Seekor Anjing Yang Taat Pada Tuannya.Sekarang Ini,Di Jepun,Ada Patung Seekor Anjing.Di Bawah Patung Itu Tertulis Nama HACHIKO.

Ini Ceritanya Bermula,Hachiko Ditemui Di Stesen Kereta Api.Ia Di Dalam Sebuah Sangkar.Hachiko Adalah Anjing Yang Luar Biasa.Ia Membuka Sangkar Itu Tanpa Bantuan Orang.Ia Berjalan Lalu Terlanggar Seorang Guru Yang Tua.Guru Itu Membawa Pulang Ke Rumahnya.

Tuannya Sangat Baik Dan Mengajar Hachiko Untuk Bermain.Keesokan Hari,Tuannya Pergi Kerja Di Universiti.Apabila Dia Hendak Berjalan Ke Stesen Kereta Api,Dia Dapati Yang Hachiko Mengikut Dia.Dia Menolak Hachiko Perlahan Lahan.Namun,Hachiko Tetap Mengikut.Tuannya Sampai Ke Stesen Kereta Api.Hachiko Tetap Ada Di Situ.

Habisnya Tuannya Mengajar,Dia Pulang Ke Stesen Kereta Api.Dia Dapati Hachiko Menunggu Tuannya.Tuannya Amat Kagum.

Pada Suatu Hari,Tuannya Pergi Ke Universiti Itu.Seperti Biasa,Hachiko Menunggu Tuannya Sampai Di Stesen Kereta Api.Tetapi Ini Bukan Seperti Dahulu,Semasa Tuannya Mengajar.Malaikat Maut Telah Mengambil Nyawanya.Hachiko Tidak Tahu Apa Telah Berlaku.Keluarga Tuannya Berasa Sedih Apabila Mendengar Berita Itu.

Saudara Tuannya Mengambil Hachiko.Setiap Pagi,Saudara Tersebut Mendapati Hachiko Menunggu Tuannya Di Stesen Kereta Api.Setiap Hari,Hachiko Berada Di Stesen Kereta Api.Hachiko Menunggu Di Stesen Kereta Api Itu Sehinnga Tuannya Sampai.Pekerja Di Stesen Kereta Api Memberi Makanan Minuman Kepadanya.Malangnya,Selepas 10 Tahun Menunggu Tanpa Berhenti,Hachiko Mati
dipetik dari: Haziq Syimir
 
 

Nota Sivik (Yang Di-Pertuan Agong)
Sunday 30 June 2013 • 03:17 • 0 comments
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawi: يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.

dipetik dari-wikipedia

PENGASASAN MELAKA-dipetik dari:Nur Amanina
Saturday 29 June 2013 • 05:39 • 0 comments
Kesultana Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara,seorang putera SriVijaya Hindu beragama yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga 1403.Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan seorang puteri dari Pasai.Agama Islam dijadikan agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.Pemenrintaha Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka ditewaskan di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511. Sultan Mahmud Syah merupakan sultan terakhir Kesultana Melayu Melaka.Pada tahun 1528,seorang putera baginda iaitu Sultan Alaudin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Sejarah Melayu Melaka:

1400:Parameswara, seorang putera raja dari Palembang telah ditumpaskan oleh Majapahit lalu telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya telah membuka negeri Melaka.

1403:Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangan-nya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan perdagangan China-MELAKA

1409:Parameswara telah membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.

1411:Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho untuk belaya ke China.

1414:Parameswara telah berkahwin dengan puteri Pasai.Baginda telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah. (1414-1424)

1424:Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja telah menaiki takhta dan menukarkan namanya kepada Sultan Muhammad Shah (1424-1444)

1444:Sultan Muhammad Shah digantikan oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim

1445:Raja Ibrahim telah dibunuh dan telah dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

1446:Raja Kassim menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan  Muzaffar Shah. (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka

1447:Serangan pertama Siam keatas Melaka.  Pihak Sian ditewaskan tidak jauh dari Muar.

1456:Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka kemercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

ini adalah untuk rujukan adik-adik!

Sejarah Perjalanan Parameswara sebelum tiba di Melaka-dari Nur Amanina
• 02:10 • 0 comments
1.Selepas kejatuhan kerajaan SriVijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit
2.Majapahit kuasai Palembang dan Temasik
3.Raja Palembang dan Puteranya (Parameswara) berusaha untuk membebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4.Majapahit menyerang Palembang
5.Parameswara Berundur ke Temasik
6.Di Temasik,Parameswara disambut baik oleh Temagi
7.Temasik dibawah naungan Siam
8.Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungan SriVijaya
9.Parameswara membunuh Temagi
10.Dia memajukan Temasik bagi mengembalikan kegemilangan
SriVijaya
11.Kematian Temagi telah menyebabkan:
    I.Siam ingin menuntut bela
    II.Majapahit ingin menakluki Temasik
12.Parameswara dan Orang Laut berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit
13.Dari Muar--> ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara
14.Tiba di perkampungan nelayan
15.Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,orang laut dan orang Asli
16.Tempat yang sesuai kerana berhampiran laut-laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17.Muka bumi berbukit-bakau-petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka
18.Pokok bakau dan api-api menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula
19.Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun yang tidak menganggu kegiatan perdagangan.


ini adalah untuk rujukan adik-adik

SUNGAI BUNGA
• 01:17 • 0 comments





assalamulaikum...kalau lorang nak tahu, bulan lepas Sara ada buat 'sungai bunga'! kenapa nama dia sungai bunga?? sebab, daun-daun ditepi itu seperti tanah yang melindungi air yang macam dekat sungai tu! bunga-buga tu pula adalah airnya...sungai bunga ini masih ada lagi dia halaman rumah Sara tau...

Terima Kasih Ya Allah!
Monday 20 May 2013 • 06:21 • 0 comments
Assalamualaikum...hari ni sarah nak berkongsi kegembiraan sarah! kalau korang nak tau, minggu lepas sarah dah menduduki PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RANDAH 1 (PKSR1)....sarah dah dapat kertas Bahasa Melayu dan Agama sahaja tetapi dua-dua A!

Bahasa melayu kertas 1--> 82%

Agama Islam--->96%

itu adalah markah paling tinggi sarah pernah dapat!

TERIMA KASIH YA ALLAH!

ALHAMDULILLAH...

KOLEKSI BUKU LUKISAN KAKAK SARAH! buat sendiri tau!
• 05:58 • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM....hari ni sarah nak tunjuk koleksi buku lukisan kakak sarah! banyak...kalau korang nak tau, sebulan sekali mesti kena beli kertas A4 baru.....dia melukis pakai pen je terus....tak padam! macam cikgu PSV (pendidikan seni visual) sarah!  ANYWAY! SARAH NAK UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KAKAK-KAKAK YANG NAK MASUK UNIVERSITI AND NAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN BESAR OKEY! KUI KUI KUI!    


PAST
Owner
Name: Sarah.(Enjoy!)

" Kiyomi! "

My Status
>> Hai! Selamat membaca! Terima kasih sebab datang melwat! (KAWAii~!)
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> K-POP~! (KAWAii!!!)
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Kisah HACHIKO-seekor anjing yang taat
  • Nota Sivik (Yang Di-Pertuan Agong)
  • PENGASASAN MELAKA-dipetik dari:Nur Amanina
  • Sejarah Perjalanan Parameswara sebelum tiba di Mel...
  • SUNGAI BUNGA
  • Terima Kasih Ya Allah!
  • KOLEKSI BUKU LUKISAN KAKAK SARAH! buat sendiri tau!
  • LAPTOP BARU!
  • MINTA MAAF..
  • KAKAK SARAH PANDAI MELUKIS

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Larkspur.Liyana