Bilik Kacukan Ceria | Sarah(KawaiiStuff)
PENGASASAN MELAKA-dipetik dari:Nur Amanina
Saturday 29 June 2013 • 05:39 • 0 comments
Kesultana Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara,seorang putera SriVijaya Hindu beragama yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga 1403.Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan seorang puteri dari Pasai.Agama Islam dijadikan agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.Pemenrintaha Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka ditewaskan di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511. Sultan Mahmud Syah merupakan sultan terakhir Kesultana Melayu Melaka.Pada tahun 1528,seorang putera baginda iaitu Sultan Alaudin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Sejarah Melayu Melaka:

1400:Parameswara, seorang putera raja dari Palembang telah ditumpaskan oleh Majapahit lalu telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya telah membuka negeri Melaka.

1403:Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangan-nya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan perdagangan China-MELAKA

1409:Parameswara telah membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.

1411:Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho untuk belaya ke China.

1414:Parameswara telah berkahwin dengan puteri Pasai.Baginda telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah. (1414-1424)

1424:Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja telah menaiki takhta dan menukarkan namanya kepada Sultan Muhammad Shah (1424-1444)

1444:Sultan Muhammad Shah digantikan oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim

1445:Raja Ibrahim telah dibunuh dan telah dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

1446:Raja Kassim menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan  Muzaffar Shah. (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka

1447:Serangan pertama Siam keatas Melaka.  Pihak Sian ditewaskan tidak jauh dari Muar.

1456:Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka kemercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

ini adalah untuk rujukan adik-adik!


PASTFUTURE
Owner
Name: Sarah.(Enjoy!)

" Kiyomi! "

My Status
>> Hai! Selamat membaca! Terima kasih sebab datang melwat! (KAWAii~!)
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> K-POP~! (KAWAii!!!)
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Sejarah Perjalanan Parameswara sebelum tiba di Mel...
  • SUNGAI BUNGA
  • Terima Kasih Ya Allah!
  • KOLEKSI BUKU LUKISAN KAKAK SARAH! buat sendiri tau!
  • LAPTOP BARU!
  • MINTA MAAF..
  • KAKAK SARAH PANDAI MELUKIS
  • THIS SIDE OF INNOSENCE
  • Tak Bisa Memilihmu...
  • Bilik Kacukan Ceria Baru Dibina!

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Larkspur.Liyana